Posts

Showing posts from February, 2010

Tutur kata..

Chome terkesan dengan posting Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat oleh Abu Saif @ http://www.saifulislam.com/ " Bodoh! Degil! Kamu memang macam tu! " Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak. Selalu juga keterlanjuran bahasa yang dilontar kepada anak-anak, termuntah tanpa berlapik. Kekadang kewarasan akal terbatas dek oleh kemarahan yang memuncak. Mangsanya, anak-anak yang cuba memahami perasaan orang tuanya dalam terkulat-kulat. Aduh.. Chome?... Memohon semoga setiap patah perkataan yang ku katakan tidak memperkatakan yang sia-sia terhadap anak-anakku.. PERKATAAN ITU IBARAT DOA . Jika baik perkataannya, maka manafaat yang akan diterima. Semoga anak-anak jiwanya subur dengan nilai-nilai positif. Jika buruk perkataannya, padahnya terlihat pada keti

Glove baru!

Hoo yea!.. Tengahari yang jem sesangat tadi pergi ke Pertama Complex. Buat apa?.. Ni lah padahnya beli barang tak bertanya pendapat dulu.. Dungg.... Ceritanya begini, 2 hari yang lepas...... konon-kononnya nak bagi terkezut sikitlah, he he he.. kita berjaya beli glove baru gitu.. memandangkan glove yang lama pun dah sebek sangat dan atas faktor keselamatan juga. Tapi, masa pergi pilih memilih tu, almaklum tangan kecik sangat.. saiz glove sangat terhad. Maka, dengan terdesak kepada keadaan masa dan kehendak, Chome pun beli pada ciri-ciri full leather, gripping tip top, warna hitam atau putih, suit pada tangan Chome dan semestinya murah! Oiitt.. mana nak dapat ek? Alkisahnya.. Chome yang kelam-kabut nih pun beli pada ciri-ciri tersebut kecuali warna biru! Yaks!!!.. (beli lah jugak). Tup, tup keluar dari kedai M, Chome pusing ke belakang masuk kedai N. Ha ha.. Kedai N ada jual mengikut spec yang dikehendaki!!! Padan muka! Chome pun beli lah jugak!! (Hilang akal tul) Dalam perjalanan pulan

Masa itu emas..

Lama dah Chome tak update blog.. hu hu hu.. sampai background blog pun dah jadi huru-hara. Apapun, kenalah susun semula.. jenuh juga.. Searching and googling.. Taaa daa.... Beberapa hari lagi, Malaysia akan bercuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina (13-15Feb2010). 4 hari bercuti tu! Jadinya, pengisian cuti kali ini, dipenuhi dengan berKem di Laman Nur Bestari, Ulu Yam Selangor sempena Kem Kecemerlangan Diri . Apa tugasan Chome? Hee..:) Macam biasa.. tukang masak. Masak sedap-sedap yer!! 3H sudah tentu ikut. Cuma Haikal sahaja yang kena dok umah.. Maaf yer Achik, tak boleh lagi, tunggu Achik besar dan dah bersekolah seperti Along, Angah dan Alang tau. Masa tengahari begini, Chome teringat-ingat nak makan Nasi Khabsa kat Restoran Ar-Rawsha di belakang Jalan Ampang. Uit.. sedapnya! Bila nak masak ek? Nak curi masa lah, pada Selasa ini, InsyaAllah. Sebabnya, sempat juga ber google mencari resepi Nasi Khabsa ini. Sesiapa nak resepi Nasi Khabsa, sila layari CBR! Chome. Lapar!!!