Catatan daripada salah satu email yang diterima sepanjang Ramadhan ini. Fikir-fikirkan..
Sekadar renungan ...
Buat peringatan diri yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Diserambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak?"
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ini yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong mak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama aje pakcik, puasa ke tidak... Kami ini makan sekali je sehari..."
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi, "Adik sekolah di mana?"
"Saya tak sekolah... Emak bapak tak mampu..."
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk buka puasa."
Budak itu memberitahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada sahaja orang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli sekilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit,
"Yeh yeh..!! Kita dapat makan daging malam ini..!"
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat? Dia memberitahu aku, sejak dari Hari Raya Korban tahun lepas, baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar.
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."
Aku bertanya kepada maknya bagaimana dia lakukan sehingga sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata,
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi, "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana?"
"Kalau dia dapat ikan, itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah...
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Friday, September 18, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Hey! It's METEOR again!!
Meh kita tengok Meteor Perseids. Lihat laporannya di Falak Online.
Hmm.. kalau ada peluang bolehlah tumpang mencerap di Balai Cerap Planetarium Negara... rasa-rasa cam nak beli teleskop jer.. (Hobi lama tak leh luput).
Sekian lama dok jenguk-jenguk teleskop, heh heh heh.. Dah jumpa, dah jumpa yeah yeah..
Tapi $ tak cukup.. kena kumpul lagi. Err.. ada sesapa nak sponsor tak?
Ini beberapa link laporan berkaitan Meteor Perseids. Jom kejar!!
Falak Online
Astromas2020

Tuesday, August 4, 2009
Wabak Influenza A H1N1 - Apa yg perlu anda tahu?
1. Apakah Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?
Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my
4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?
Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?
Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.
Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.
8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?
Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .
Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:
• Jika anda batuk atau bersin:
• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.
Lindungi diri anda di tempat berisiko tinggi seperti di tempat awam.

Labels:
Kesihatan
Monday, July 20, 2009
PaNas aDA SkIT...
Hmmm..
Camner nak tulis ek? Kot kalau pandai rasanya memang dah pandai dah..
Kata takder pengalaman, rasanya umur dah lebih lagi dah..
Ambil kesempatan ke??? Tak sengaja??? Malas nak patah balik???
Nak jimat minyak??? Nak jimat masa pasal dah lambat???
Hello.. hello.. hello...
ALASAN tak boleh diterima...
Itulah .. masalah kalau perkara 'kecil' tak pandang 'BESAR'...
Bukan tak pesan, dah kan.....
Border 40's... apa nak buat, nasib lah kau... (Kata member...)
Rasa nak lelong kan ajer HELLMETT tu. Uiks.. sapa nak beli???
Lelong, lelong...
Lak ling............................
Nak bercucuk tanam, realitinya, tanah kompos dah order tapi tak sampai-sampai lagi.
Tapi sudah bercucuk tanam secara online, malangnya semua dah mati....
Hu hu hu....

Pivate
Lamanyer...
Salam semua..
Lama benar tak update blog. Rindu lah pula, hmmm.. hari ini adalah 27 Rejab 1430. Peristiwa Israk dan Mikraj telah berlaku pada tarikh 27 Rejab. Maka, sambutan pada umumnya kita berpuasa sunat pada hari tersebut. Mudah-mudahan urusan dipermudahkan.
Terasa hari ini hendak berkongsi lirik lagu Nur Kasih. Emm.. yang menjadi lagu tema untuk drama bersiri Nur Kasih di TV3 sekarang nih. (Hot!.. :) )
Mencari lirik Nur Kasih agak sukar juga yer, sebabnya lagu Nur Kasih ini ada pelbagai lagu dari penyanyi yang berlainan.

Apapun SEMUA lagu NUR KASIH adalah best!!!
Enjoy this song from Yassin
NUR KASIH
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Oooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih

Lagu
Thursday, May 28, 2009
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)