Posts

Showing posts from October, 2013

Surat untuk Bulan

From: ummi- Nota kasih, rindu, cinta Dari suara halus insan istimewa Lalu selalu kubaca-baca Dengan iringan doa padaNya Selamat pulang walau dimana Kerna Padanya, ada janji perjalanan bersama Terhadap kasih, rindu, cinta KekasihMu yang Agung dan PadaMu yang Maha Agung - 2mei2013- From: abah- Cinta... Kau hadir di kala ku kesunyian. Kau ketuk pintu hatiku lalu mengajarku erti KASIH. Kasih... Kau hadir di kala cinta mengetuk pintu hatiku lalu mengajarku erti RINDU. Rindu... Kau hadir di kala emosiku bergelora lalu mengajarku erti CINTA. -24april2005-

Di Dalam Sepi Itu

Serasa diri ini Terpinggir di batas nan sepi Tak sesiapa menemani Di dalam sepi itu Kembali ku mengingati mu Lalu hati jadi rindu Aku terperangkap dalam diri Aku terpedaya oleh mimpi Aku dikejari bayang-bayang Keterpaksaan menyiksakan Lama ruang hati kekosongan Lama ku menangis sendirian Lama hanyalah hitungan masa Tak terluntur kenangan indah Di antara kita Di dalam sepi itu Bertakhta bayangan dirimu Mencengkam sanubariku Nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

Senja Berulang Rindu

Senja berulang rindu Dan ku sebut nama mu Dalam suara yang bisu Engkau kah itu Dan ku ulang kembali Sewaktu dalam sunyi Nyanyian kata hati Rindukah itu Biarkan kemesraan berlalu Bersama kesunyian yang padu Akan ku sebut namamu selalu Namun ada rindu yang lebih dari itu Kasih di mana janji Dan kau teruskah lari Dari ku yang menanti Engkau kah itu Nyanyian dari Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

Berblog semula?

Assalamualaikum Salam sayang, salam kerinduan... Setahun lebih menyepi diri, dan banyak peristiwa yang berlaku... Catatan perjalanan Chome yang hanya insan kerdil, catatan peribadi dari rasa hati, kalau tiada rasa suka atau selesa, tinggalkan sahaja dan hentikanlah, silalah beralih pada yang menjadi kesukaan kamu dan memberi lebih inspirasi serta idea. Chome hanya insan yang berpendidikan biasa-biasa sahaja... Begini juga cara penulisan Chome... Maka tidak perlu membazir masa bersama untuk catatan lakaran yang seterusnya sekiranya jemu telah bertamu, jelak telah terukir, cemuih pada bicara. Terhenti catatan Chome kerana kelahiran si kecil yang amat memerlukan pengorbanan yang besar. Chome ambil cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata nak tumpukan pada dia. Si kecil yang diberi nama Muhammad Hadif. Alhamdulillah, motif cuti tersebut berjaya mencapai objektifnya walau tak sepenuhnya. Tapi Chome rasa berbaloi dan puas serta syukur pada-Nya, walau hati pedih juga sokongan sep