Berblog semula?

Assalamualaikum

Salam sayang, salam kerinduan...

Setahun lebih menyepi diri, dan banyak peristiwa yang berlaku...

Catatan perjalanan Chome yang hanya insan kerdil, catatan peribadi dari rasa hati, kalau tiada rasa suka atau selesa, tinggalkan sahaja dan hentikanlah, silalah beralih pada yang menjadi kesukaan kamu dan memberi lebih inspirasi serta idea. Chome hanya insan yang berpendidikan biasa-biasa sahaja... Begini juga cara penulisan Chome... Maka tidak perlu membazir masa bersama untuk catatan lakaran yang seterusnya sekiranya jemu telah bertamu, jelak telah terukir, cemuih pada bicara.

Terhenti catatan Chome kerana kelahiran si kecil yang amat memerlukan pengorbanan yang besar. Chome ambil cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata nak tumpukan pada dia. Si kecil yang diberi nama Muhammad Hadif. Alhamdulillah, motif cuti tersebut berjaya mencapai objektifnya walau tak sepenuhnya. Tapi Chome rasa berbaloi dan puas serta syukur pada-Nya, walau hati pedih juga sokongan sepenuh yang diharap jadi lainlah pulak. Hampeh betul..

Memang tak semua orang boleh faham, takde orang tahu, tak semua orang boleh bersabar. Apapun Chome usaha yang terbaik sahaja, dan doa sepenuh hati pada Ya-Rahman. Hanya Dia sahaja yang tahu. SABAR lah hati!

Adios untuk hari ini. Semoga faham dan memahami.


Comments

Popular posts from this blog

What is Callogen?

Kait Kopiah Hakim

Sembunyikan 3 perkara.