Posts

Showing posts from August, 2009

Hey! It's METEOR again!!

Meh kita tengok Meteor Perseids. Lihat laporannya di Falak Online. Hmm.. kalau ada peluang bolehlah tumpang mencerap di Balai Cerap Planetarium Negara... rasa-rasa cam nak beli teleskop jer.. (Hobi lama tak leh luput). Sekian lama dok jenguk-jenguk teleskop, heh heh heh.. Dah jumpa, dah jumpa yeah yeah.. Tapi $ tak cukup.. kena kumpul lagi. Err.. ada sesapa nak sponsor tak? Ini beberapa link laporan berkaitan Meteor Perseids. Jom kejar!! Falak Online Astromas2020

Wabak Influenza A H1N1 - Apa yg perlu anda tahu?

1. Apakah Influenza A H1N1? Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1). 2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud? Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenal