Glove baru!

Hoo yea!..
Tengahari yang jem sesangat tadi pergi ke Pertama Complex. Buat apa?..
Ni lah padahnya beli barang tak bertanya pendapat dulu.. Dungg....

Ceritanya begini, 2 hari yang lepas......
konon-kononnya nak bagi terkezut sikitlah, he he he.. kita berjaya beli glove baru gitu.. memandangkan glove yang lama pun dah sebek sangat dan atas faktor keselamatan juga.
Tapi, masa pergi pilih memilih tu, almaklum tangan kecik sangat.. saiz glove sangat terhad. Maka, dengan terdesak kepada keadaan masa dan kehendak, Chome pun beli pada ciri-ciri full leather, gripping tip top, warna hitam atau putih, suit pada tangan Chome dan semestinya murah! Oiitt.. mana nak dapat ek?

Alkisahnya.. Chome yang kelam-kabut nih pun beli pada ciri-ciri tersebut kecuali warna biru! Yaks!!!.. (beli lah jugak).
Tup, tup keluar dari kedai M, Chome pusing ke belakang masuk kedai N. Ha ha.. Kedai N ada jual mengikut spec yang dikehendaki!!! Padan muka! Chome pun beli lah jugak!! (Hilang akal tul)

Dalam perjalanan pulang, Chome pun ceritalah. Pergh.. Kena bebel mengalah orang pompuan...
Malaslah nak counter.. memang salah pun tak kabor awal.. tapi rasionalnya, kalau tetiba nak riding glove yang capuk tu digunapakai, sure Chome tertinggal jatuh ke belakang, tak berkeyakinan langsung kerana gripping dah loose. Kalau nak tunggu jugak.. bila masanya nak pi beli?? Masa memang cemburu U!

Ha, apapun, lepas tu cari pembeli siapa nak beli glove biru tu. Hik, TIADA. Maka, cara lain ialah tukar kepada saiz besar. Kira win-win gitu..

Makanya, harinih.. bila nak tukar pada saiz yang besar, TAK ADA lah pulak.. "Dik, jenis nih ada untuk tangan kecik jer.... yang besar kena amik pesen lain..." Hmm..
Takper lah.. Chome amik yang lain asal color putih.. hu hu hu.. Chome kena tambah RM200 untuk AlpineStar warna putih!!..
Memang saya SAYANG kat ABANG!

Comments

  1. he he lepas ni jacket kulit warna putih pulak.
    cayang bini abang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What is Callogen?

Kait Kopiah Hakim

Cermin Diri