Tutur kata..

Chome terkesan dengan posting Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat oleh Abu Saif @ http://www.saifulislam.com/

" Bodoh! Degil! Kamu memang macam tu! "
Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.

Selalu juga keterlanjuran bahasa yang dilontar kepada anak-anak, termuntah tanpa berlapik. Kekadang kewarasan akal terbatas dek oleh kemarahan yang memuncak. Mangsanya, anak-anak yang cuba memahami perasaan orang tuanya dalam terkulat-kulat. Aduh..

Chome?... Memohon semoga setiap patah perkataan yang ku katakan tidak memperkatakan yang sia-sia terhadap anak-anakku..

PERKATAAN ITU IBARAT DOA.
Jika baik perkataannya, maka manafaat yang akan diterima. Semoga anak-anak jiwanya subur dengan nilai-nilai positif.
Jika buruk perkataannya, padahnya terlihat pada ketika mereka meningkat dewasa kelak.

Selalu-selalu muhasabah diri wahai Diri.
Agar tempiasan yang baik diterima dan dicontohi. Semoga generasi sedar bahawa patah kata itu adalah sebahagian dari doa kerana perkataan itu lahir dari Hati.

Kini, hampir setiap hari, didengar perkataan yang tak sepatutnya.. dimana-mana.. sudut dan ruang yang terbatas... boleh aku bawa berlari pergi???
Pada siapa harus diadu??.. Pada saat insan lain membatu diri?
Semoga hati terus tabah melaluinya.....
SAMPAI BILA.. Pabila hidup terus bernyawa hingga terpadam akhirnya...

Comments

Popular posts from this blog

What is Callogen?

Kait Kopiah Hakim

Putera Duyung