Menjelang pertengahan Ramadhan..

Fuuuuu...
Hari ini 14 Ramadhan.. Kejap nyer masa berlalu..
Tapi Chome pun dok sibuk gak dengan bibik menggodeh tart nenas yang orang minta.. Ha ha.. buat untuk seronok-seronok.. tapi penat gak lah.. MENGANTUK weih...

Apa pun.. target kena siapkan kuih tart nih sebelum 1September.. Tak mahu dah buat pada penghujung Ramadhan. Please....

Chome pun dah order kelongsong lontong dengan pakcik di Singapura. Yeehaa! Raya tahun nih dapatlah merasa 'lontong hijau' .. Cheh.. bukannya sebelum-sebelum nih tak buat pun lontong hijau, sajer nak gak yang keluar daripada kelongsong aluminium tuh.. arghh.. teringat kan arwah nenek.. Kalau nenek ada sure tak lepas lontong hijau ini tiap pagi lebaran. Kalau lambat, tengahari cari lontong hijau memang dah tinggal daun pisang sahaja lah.. Amik bau jer..

Planning tahun ini kami berhari raya di Muar. BALIK KAMPUNG la la la....
Apapun nak beraya sakan tak boleh juga, sebab Along ada seminggu sahaja untuk persediaan mental dan fizikal menghadapi exam UPSR. Jadinya, tak adillah kalau kami beraya dia dok stress nak exam. Apapun ummi doakan yang terbaik buat anak ummi.

Chaiyok..

Ummi pula, plan nak buat KEK BUAH Bakar, Kek Ringan Strawberi Ciss aka 'Light Strawberry Cheese Cake', bla.. bla.. yoo ooo jer lah... enjoy!

Comments

Popular posts from this blog

What is Callogen?

Kait Kopiah Hakim

Siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang"