Posts

Showing posts from 2009

PUASA SI MISKIN

Catatan daripada salah satu email yang diterima sepanjang Ramadhan ini. Fikir-fikirkan.. Sekadar renungan ... Buat peringatan diri yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Diserambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: "Mana emak?" "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh." "Adik ini yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong mak menoreh." "Adik puasa hari ini?

Hey! It's METEOR again!!

Meh kita tengok Meteor Perseids. Lihat laporannya di Falak Online. Hmm.. kalau ada peluang bolehlah tumpang mencerap di Balai Cerap Planetarium Negara... rasa-rasa cam nak beli teleskop jer.. (Hobi lama tak leh luput). Sekian lama dok jenguk-jenguk teleskop, heh heh heh.. Dah jumpa, dah jumpa yeah yeah.. Tapi $ tak cukup.. kena kumpul lagi. Err.. ada sesapa nak sponsor tak? Ini beberapa link laporan berkaitan Meteor Perseids. Jom kejar!! Falak Online Astromas2020

Wabak Influenza A H1N1 - Apa yg perlu anda tahu?

1. Apakah Influenza A H1N1? Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1). 2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud? Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenal

PaNas aDA SkIT...

Hmmm.. Camner nak tulis ek? Kot kalau pandai rasanya memang dah pandai dah.. Kata takder pengalaman, rasanya umur dah lebih lagi dah.. Ambil kesempatan ke??? Tak sengaja??? Malas nak patah balik??? Nak jimat minyak??? Nak jimat masa pasal dah lambat??? Hello.. hello.. hello... ALASAN tak boleh diterima... Itulah .. masalah kalau perkara 'kecil' tak pandang 'BESAR'... Bukan tak pesan, dah kan..... Border 40's... apa nak buat, nasib lah kau... (Kata member...) Rasa nak lelong kan ajer HELLMETT tu. Uiks.. sapa nak beli??? Lelong, lelong... Lak ling............................ Nak bercucuk tanam, realitinya, tanah kompos dah order tapi tak sampai-sampai lagi. Tapi sudah bercucuk tanam secara online, malangnya semua dah mati.... Hu hu hu....

Lamanyer...

Image
Salam semua.. Lama benar tak update blog. Rindu lah pula, hmmm.. hari ini adalah 27 Rejab 1430. Peristiwa Israk dan Mikraj telah berlaku pada tarikh 27 Rejab. Maka, sambutan pada umumnya kita berpuasa sunat pada hari tersebut. Mudah-mudahan urusan dipermudahkan. Terasa hari ini hendak berkongsi lirik lagu Nur Kasih. Emm.. yang menjadi lagu tema untuk drama bersiri Nur Kasih di TV3 sekarang nih. (Hot!.. :) ) Mencari lirik Nur Kasih agak sukar juga yer, sebabnya lagu Nur Kasih ini ada pelbagai lagu dari penyanyi yang berlainan. Apapun SEMUA lagu NUR KASIH adalah best!!! Enjoy this song from Yassin NUR KASIH Lewat ini ku rasakan Kasih kian ku dambakan Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan Nur kasih Nur kasih Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran Nur kasih Nur kasih Aku kembali kerana masih Mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci y

Sana-sini

SANA - SINI SIBUK LAGI.......

Terusik

Image
2 malam adik menangis, ummi rindu pada adik.... kenapa sayang ummi?

Blog citer pasal resepi dan masakan. Meh tengok..

Chome dah up satu lagi blog. Yang ini, istimewanya koleksi resepi yang dah pernah cuba dan menjadi. Jom kita pakat memasak... :) http://chomerecipes.blogspot.com/

Anti-Aging Effect of Gluthathione

Glutathione is one of the most talked about beauty supplement now in Asia, Women who wants to make their skin whiter, and younger looking, wants to try Glutathione. Some people who are health conscious are skeptical about this new medicine, since this is a rather a new term for them. Things you have to know about this Beauty and Anti-aging Supplement: Glutathione is made from 3 non-essential amino acid (cysteine, glycine, and glutamic acid). This amino acid is found in the cell of nearly all living organism on earth, and its primary job is waste disposal. Glutathione is a potent anti-oxidant. It binds to toxin in the liver, the body’s primary cleansing organ, and allow them to be flushed efficiently. Those people who have heart disease, or have a high LDL (bad cholesterol)cholesterol level should raise their glutathione levels. It is important to know that Glutathione is too big a molecule to digest, so we can’t take it as supplements! We can just therefore take cysteine, one of the ma

What is Callogen?

Collagen is a type of protein. Fibrous in nature, it connects and supports other bodily tissues, such as skin, bone, tendons , muscles, and cartilage . It also supports the internal organs and is even present in teeth. There are more than 25 types of collagens that naturally occur in the body. Collagen is one of the most plentiful proteins present in the bodies of mammals , including humans. In fact, it makes up about 25 percent of the total amount of proteins in the body. Some people refer to collagen as the glue that holds the body together. Without it, the body would, quite literally, fall apart. Possessing great tensile strength, collagen functions in a manner that is very different from many other types of proteins. For example, it can be found both inside and outside of cells. Collagen fibers are important in contributing to the external structure of cells. However, they are present on the inside of some cells as well. Collagen works hand-in-hand with elastin in supporting the b

Info Pemakanan Kesihatan

Kebelakangan seminggu dua ini asyik sibuk mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan kesihatan. Untuk makluman, info-info ini boleh diambil perhatian. Harap membantu.

Bizi bisnes gitu..

Waaaaahhh.. Lama gitu chomel tak ber- blogging .. Kebelakangan ini dok sibuk cari dan nak buat duit tambahan. He he he. Ha nih lah antara alasan-alasan munasabah: 1) Bukan apa, selain dok pakai sendiri, kalau buat jualan, lelama barang yang chomel pakai tu 'duitnya' nanti jadi percuma pada chomel. Makna kata tak payahlah chomel keluarkan duit untuk beli barang tu kan.. Kiranya jadi percumalah.. Gitulah.. 2) Dah produk bagus.. Wah.... boleh war-warkan pada kawan-kawan nih. Sapa yang tak nak cantik kan.....Angkat tangan? Semua orang nak putih gebus gitu.. Healthy glowing gitus.. 3) Lagi apa ek??.. Nanti tambah lagi alasan.. Kot boleh tolong tambah.....

Bicara lagi........

............... Tolehlah sebentar di sini Yang ini hati di hujung jendela pintumu... Izinkah teduhku di sini? Atau jiwa kekar yang tega... Mengaduk degup denai kecil kewalahan mendamba sungai deras Seperti bukan dalam manik yang dihitung Melepas ke alur mencari laut luas... Izinkah baringku di sini? Menghempas lelah memasuki dadamu Terdengarkan resah... Kudongak ke langit bertanyakan Jiwaku... Mengisahkan pelupuk matanya yang lembab Bercerita tentang gerimis Berkeluh mereguk rindu di wajahku... Yang Jiwaku merintih takut terlepaskan... Nada yang mulus melontar lirih Yang katanya... Tidurlah Hati....Jiwamu di sini.... Izinkah mimpiku di sini? Mengeluh dalam waktu yang tidak cukup Membujuk jiwamu menguntumkan mawar Lepaskan pergi guyuran resah yang berontak Biarkan mimpi ini lama berkisah... Dalam sesaat pun tiada kuizin bayangmu menjauh.... Hatiku terasa sedih saat menanggung derita namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya Begitu banyak hari yang diawali dengan kesusahan dan ke

Biarkan bicara itu tenang.......

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata." ~Kalam_Iman~ Sonata Musim Salju Saat ku merindukan dirimu Jiwa meronta kau ku damba Oh gerhanalah seluruh pancaindera Ku hilang dalam memori cinta Membakar seluruh jiwa raga Hanya kau untukku Kau tiada dua Bagaikan siang tiada mentari Bagai malam tiada cahaya purnama Tanpamu tiada erti hidup berdua Ke akhir masa kau ku cinta Bagaikan syurga tanpa bidadari Kau ibarat hembusan nafas terakhir Pulanglah sayang usah kau berpaling Di sini ku pasrah menanti Dikau bak salju ditiup bayu Kan rebah di pangkuan bumi Ku yakini kasih Restu Illahi ...... Ku doa kau hadir Permaisuri mahligaiku Hidup mati cinta kita bersama Ayat-Ayat Cinta Desir pasir di padang tandus Segersang pemikiran hati Terkisah ku di antara cinta yang rumit Bila keyakinanku datang Kasih bukan sekadar cinta Pengorbanan cinta yang agung Ku pertaruhkan Maafkan bila ku tak se

Rahsia Pohon Cemara oleh: Exist

Pagi nih lagu ini ke udara dicorong radio kecil di pejabat. Tetiba, teringat-ingat peristiwa lama. Tarikh tak ingatlah tapi masa tu tahun pertama semester kedua Chome di U. Ada annual dinner TKD. So masa makan-makan, pengerusi majlis suruh setiap meja kena hantar wakil untuk berkaraoke. Tak pasal-pasal Chome kena ragging duet menyanyi. (Senior2 TKD memang suka ragging junior masa tuh!! Pergh..) Nak tak nak kena naik pentas. Chome tak ingat dah saper senior tuu.. Dah lah tak kenal lagu-lagu Melayu (pasal tahu lagu Nasyid dan Sudirman jer.. heee), suruh menyanyi pulak.. Pilih punya pilih.. lagu nih sahaja yang Chome tahu. So.. duet lah menyanyi.. (yaks.. suara Chome sumbang lah... heee .. malam nightmare!!!) Apapun enjoy makan-makan. Tapi ada lak yang terperasan lah pulak.. isk, isk.. (yeah.. memang nightmare.. esoknya banyak surat layang sampai.. hu hu hu) Berkurun lama kurahsiakan Cintaku padamu Hanya kerna kau ratu laksana Di singgahsana Di tasik ini, di pohon cemara Yang teguh mening

Puitis...

“ Makin jauh aku lari, makin dekat aku dikejari, apakah masa aku masih cukup? Tiada lelah yang boleh lengah, kotak fikir kekadang terasa sesak, Pada siapa perlu aku laung?.... Terasa makin melangit dinihari, terasa makin meluluh.. Wahai hati.. janganlah mengeluh… ”

Kelas Cupcakes

Tamat sudah belajar mendeco cupcakes. Yeah, yeah.. Seronoknya.. Terasa sayang sangat nak makan cupcake yang Chome buat. Akhirnya menjadi juga. Maka, suruh sahaja Aden dan anak-anak sayang rasa dan komen cupcakes tu. Alhamdulillah, semua sukakanya. Terima kasih tak terhingga pada guru saya, Kak Lea yang sabar melayan soal jawab dan karenah anak murid sorang nih. He he he.. Next, cupcakes coming soon for Grand Opening Ceremony SMARTS Taekwondo! I Love U Hubby!

Hadiah Harijadi??!!!....

Tq, tq.. Tocheh, tocheh.. Haa..?? Apa dia?? Secret maa.... Tapi memang berbaloi!! Shhhhhh.... Hu huu...

Menghitung hari...Tambah Ilmu

Image
'Dik, ko nanti nak tak cupcakes akak buat? Hee.. pastu komen ek. Akak nak wat yang tercantik sekali (perasan!!)..' Bualan 2 hari lepas dengan adik Teh. Yea, yeah.. Wah.. menghitung hari nampaknya. Cuti Tahun Baru Cina kali ini Chome akan pergi kelas belajar buat cupcakes dan deco cupcakes. Tak sabarnya... Balas dendam gak . He he he.. Yerlah, cuti panjang nih Aden pergi rides sakan seMalaya dengan group M4SC, Chome dan 4H dok umah layanz tamu-tamu hujung minggu (yang memang slalu watdunno aka fhm pun....) .. hu hu hu.. Maka, tiba masa untuk menambah minat (memang dah lama minat pun cuma tiada ruang masa) dengan menambah pengisian ilmu baru. Masa selalu cemburu !!.. Kali nih Aden tak leh dalih ek.. Masa Chome pula; claim, ganti masa suka-suka Aden ride.. My time... Okeylah tu, Aden takes 4days, my study only 5 hours laa.... hu hu hu.. Wokeh.. Cupcakes class.. Menghitung hari!!..

Palestin....

Image
"Semata-mata mahu menjenguk pemandangan bumi Palestin. Bumi Tin dan bumi Zaitun. Bumi Ibrahim, bumi Ishaq dan bumi Yaaqub. Bumi Sulaiman dan bumi persinggahan sekalian Anbiya’ yang diutuskan. Bumi Isra’ dan bumi Imam Syafi’e, bumi penuh barakah yang terkurung bertembokkan sebuah penjajahan." Petikan dari http://saifulislam.com/ Agar Kaumku Beringat-ingat January 19th, 2009 by Abu Saif

Teknik Belajar PV3R

Teknik Belajar PV3R Preview (tinjauan awal) Question (soal diri) Read & Underline (Baca,garis dan tanda) Recite & write (lafaz dan tulis nota) Review (tinjauan akhir) Sumarize (ringkaskan) Test your self (uji diri anda) Use (gunakan) Visualize (bayangkan)

Teknik Belajar 5R-STUV

Teknik Belajar 5R-STUV Recopy - salin semula Rework all model 5 x - buat semula contoh/cepat/5x Recite out loud Repeatedly - lafaz kuat berulang kali Recheck - semak semula Reasonnablenes - jawapan berpatutan/sebaliknya S - sumarize - ringkaskan nota penting T - test your self - uji diri anda U - use - gunakan V - visualize - bayangkan selalu

Indung-Indung

Image
Sambil kaizen bilik anak dan buku-buku sekolah, Chome terjumpa semula lirik lagu nasyid. Lagu nih lama dah. Mungkin ramai yang tak tahu lagu ini. Hope enjoy... Sambil tu 4H, lagu ini ummi dodoikan. Indung-Indung Indung-indung kepala lindung Hujan di udik di sini mendung Anak siapa pakai kerudung Mata melirik kaki tersadung Lauhawala walakuwata Mata melihat seperti buta Tiada daya tiada upaya Melainkan Tuhan yang Maha Esa Duduk goyang di kerusi goyang Beduk subuh hampir siang Bangunkan ibu suruh sembahyang Jadilah anak yang disayang Aduh-aduh Siti Aisyah Mandi di kalir rambutnya basah Tidak sembahyang tidak puasa Didalam kubur mendapat siksa.

Sistem PQRST

Jom aplikasikan kemahiran belajar dengan Sistem PQRST. Belajar Cara Sistem PQRST Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini. (a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting ) Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab. (b) Question ( Menyoal ) Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas. (c) Read ( Membaca ) Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik. (d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu ) Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan denga

Pada Nama

Assalamualaikum semua.. Akhirnya.. berjaya wujudkan blog sendiri.. Punyalah lama, memikirkan nama blog yang sesuai untuk menjadi catatan, tatapan bacaan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkongsian ilmu dan maklumat. Asyik create then delete, create then delete he he he... Semoga blog ini menjadi tempat mengumpul apa-apa sahaja info yang baik, dan paling penting maklumat ini berguna pakai untuk diri dan keluarga. Selamat memBlog Zaza!!