Posts

Showing posts from January, 2009

Rahsia Pohon Cemara oleh: Exist

Pagi nih lagu ini ke udara dicorong radio kecil di pejabat. Tetiba, teringat-ingat peristiwa lama. Tarikh tak ingatlah tapi masa tu tahun pertama semester kedua Chome di U. Ada annual dinner TKD. So masa makan-makan, pengerusi majlis suruh setiap meja kena hantar wakil untuk berkaraoke. Tak pasal-pasal Chome kena ragging duet menyanyi. (Senior2 TKD memang suka ragging junior masa tuh!! Pergh..) Nak tak nak kena naik pentas. Chome tak ingat dah saper senior tuu.. Dah lah tak kenal lagu-lagu Melayu (pasal tahu lagu Nasyid dan Sudirman jer.. heee), suruh menyanyi pulak.. Pilih punya pilih.. lagu nih sahaja yang Chome tahu. So.. duet lah menyanyi.. (yaks.. suara Chome sumbang lah... heee .. malam nightmare!!!) Apapun enjoy makan-makan. Tapi ada lak yang terperasan lah pulak.. isk, isk.. (yeah.. memang nightmare.. esoknya banyak surat layang sampai.. hu hu hu) Berkurun lama kurahsiakan Cintaku padamu Hanya kerna kau ratu laksana Di singgahsana Di tasik ini, di pohon cemara Yang teguh mening

Puitis...

“ Makin jauh aku lari, makin dekat aku dikejari, apakah masa aku masih cukup? Tiada lelah yang boleh lengah, kotak fikir kekadang terasa sesak, Pada siapa perlu aku laung?.... Terasa makin melangit dinihari, terasa makin meluluh.. Wahai hati.. janganlah mengeluh… ”

Kelas Cupcakes

Tamat sudah belajar mendeco cupcakes. Yeah, yeah.. Seronoknya.. Terasa sayang sangat nak makan cupcake yang Chome buat. Akhirnya menjadi juga. Maka, suruh sahaja Aden dan anak-anak sayang rasa dan komen cupcakes tu. Alhamdulillah, semua sukakanya. Terima kasih tak terhingga pada guru saya, Kak Lea yang sabar melayan soal jawab dan karenah anak murid sorang nih. He he he.. Next, cupcakes coming soon for Grand Opening Ceremony SMARTS Taekwondo! I Love U Hubby!

Hadiah Harijadi??!!!....

Tq, tq.. Tocheh, tocheh.. Haa..?? Apa dia?? Secret maa.... Tapi memang berbaloi!! Shhhhhh.... Hu huu...

Menghitung hari...Tambah Ilmu

Image
'Dik, ko nanti nak tak cupcakes akak buat? Hee.. pastu komen ek. Akak nak wat yang tercantik sekali (perasan!!)..' Bualan 2 hari lepas dengan adik Teh. Yea, yeah.. Wah.. menghitung hari nampaknya. Cuti Tahun Baru Cina kali ini Chome akan pergi kelas belajar buat cupcakes dan deco cupcakes. Tak sabarnya... Balas dendam gak . He he he.. Yerlah, cuti panjang nih Aden pergi rides sakan seMalaya dengan group M4SC, Chome dan 4H dok umah layanz tamu-tamu hujung minggu (yang memang slalu watdunno aka fhm pun....) .. hu hu hu.. Maka, tiba masa untuk menambah minat (memang dah lama minat pun cuma tiada ruang masa) dengan menambah pengisian ilmu baru. Masa selalu cemburu !!.. Kali nih Aden tak leh dalih ek.. Masa Chome pula; claim, ganti masa suka-suka Aden ride.. My time... Okeylah tu, Aden takes 4days, my study only 5 hours laa.... hu hu hu.. Wokeh.. Cupcakes class.. Menghitung hari!!..

Palestin....

Image
"Semata-mata mahu menjenguk pemandangan bumi Palestin. Bumi Tin dan bumi Zaitun. Bumi Ibrahim, bumi Ishaq dan bumi Yaaqub. Bumi Sulaiman dan bumi persinggahan sekalian Anbiya’ yang diutuskan. Bumi Isra’ dan bumi Imam Syafi’e, bumi penuh barakah yang terkurung bertembokkan sebuah penjajahan." Petikan dari http://saifulislam.com/ Agar Kaumku Beringat-ingat January 19th, 2009 by Abu Saif

Teknik Belajar PV3R

Teknik Belajar PV3R Preview (tinjauan awal) Question (soal diri) Read & Underline (Baca,garis dan tanda) Recite & write (lafaz dan tulis nota) Review (tinjauan akhir) Sumarize (ringkaskan) Test your self (uji diri anda) Use (gunakan) Visualize (bayangkan)

Teknik Belajar 5R-STUV

Teknik Belajar 5R-STUV Recopy - salin semula Rework all model 5 x - buat semula contoh/cepat/5x Recite out loud Repeatedly - lafaz kuat berulang kali Recheck - semak semula Reasonnablenes - jawapan berpatutan/sebaliknya S - sumarize - ringkaskan nota penting T - test your self - uji diri anda U - use - gunakan V - visualize - bayangkan selalu

Indung-Indung

Image
Sambil kaizen bilik anak dan buku-buku sekolah, Chome terjumpa semula lirik lagu nasyid. Lagu nih lama dah. Mungkin ramai yang tak tahu lagu ini. Hope enjoy... Sambil tu 4H, lagu ini ummi dodoikan. Indung-Indung Indung-indung kepala lindung Hujan di udik di sini mendung Anak siapa pakai kerudung Mata melirik kaki tersadung Lauhawala walakuwata Mata melihat seperti buta Tiada daya tiada upaya Melainkan Tuhan yang Maha Esa Duduk goyang di kerusi goyang Beduk subuh hampir siang Bangunkan ibu suruh sembahyang Jadilah anak yang disayang Aduh-aduh Siti Aisyah Mandi di kalir rambutnya basah Tidak sembahyang tidak puasa Didalam kubur mendapat siksa.

Sistem PQRST

Jom aplikasikan kemahiran belajar dengan Sistem PQRST. Belajar Cara Sistem PQRST Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini. (a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting ) Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab. (b) Question ( Menyoal ) Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas. (c) Read ( Membaca ) Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik. (d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu ) Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan denga

Pada Nama

Assalamualaikum semua.. Akhirnya.. berjaya wujudkan blog sendiri.. Punyalah lama, memikirkan nama blog yang sesuai untuk menjadi catatan, tatapan bacaan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perkongsian ilmu dan maklumat. Asyik create then delete, create then delete he he he... Semoga blog ini menjadi tempat mengumpul apa-apa sahaja info yang baik, dan paling penting maklumat ini berguna pakai untuk diri dan keluarga. Selamat memBlog Zaza!!