Keajaiban Dunia
Seorang guru meminta pelajarnya menuliskan 7 Keajaiban Dunia. Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorang pun yang memperhatikan hal itu… Sebahagian besar pelajar menulis demikian... Tujuh Keajaiban Dunia: 1. Piramid 2. Taj Mahal 3. Tembok Besar Cina 4. Menara Pisa 5. Kuil Angkor 6. Menara Eiffel 7. Kuil Parthenon Disaat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru itu terpegun meneliti nota milik si gadis kecil pendiam tadi… isi jawapannya adalah: Tujuh Keajaiban Dunia: 1. Boleh Melihat 2. Boleh Mendengar 3. Boleh Menyentuh 4. Boleh DiSayangi 5. Boleh Merasai 6. Boleh Tertawa, dan 7. Boleh Mencintai… Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya. Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa... Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, iaitu: 'Tidak...