Posts

Showing posts from 2010

Menjelang pertengahan Ramadhan..

Fuuuuu... Hari ini 14 Ramadhan.. Kejap nyer masa berlalu.. Tapi Chome pun dok sibuk gak dengan bibik menggodeh tart nenas yang orang minta.. Ha ha.. buat untuk seronok-seronok.. tapi penat gak lah.. MENGANTUK weih... Apa pun.. target kena siapkan kuih tart nih sebelum 1September.. Tak mahu dah buat pada penghujung Ramadhan. Please.... Chome pun dah order kelongsong lontong dengan pakcik di Singapura. Yeehaa! Raya tahun nih dapatlah merasa 'lontong hijau' .. Cheh.. bukannya sebelum-sebelum nih tak buat pun lontong hijau, sajer nak gak yang keluar daripada kelongsong aluminium tuh.. arghh.. teringat kan arwah nenek.. Kalau nenek ada sure tak lepas lontong hijau ini tiap pagi lebaran. Kalau lambat, tengahari cari lontong hijau memang dah tinggal daun pisang sahaja lah.. Amik bau jer.. Planning tahun ini kami berhari raya di Muar. BALIK KAMPUNG la la la.... Apapun nak beraya sakan tak boleh juga, sebab Along ada seminggu sahaja untuk persediaan mental dan fizikal menghadap

Putera Duyung

Image
Kami satu family dok layan citer Duyong.. Hik.. cerita dia memang enjoy... Fun & easy.. tapi ada makna .... adalah juga maksud tersirat dan pengajaran. Googling mencari lagunya, terjumpalah Chome lirik penuh Putera Duyung. Terima kasih kepada Qimie . Lirik Lagu Putera Duyung (OST Duyong Aridinata) -- Zack X-Factor Setingginya gunung sedalam lautan Demi cinta kan ku daki ku selam Harus ku jagamu siang dan malam Mencintaimu menyayangi mu Untuk selamanya Sudikah terima cintaku ini Walau berbeda namun aku percaya Kita ditakdirkan untuk bersama Korus Aku putera duyung menanti cintamu Akan ku bawamu ke alam ku Aku putera duyung menunggu cintamu Hidup bersamaku di duniamu Di bumi yang indah aku berada Menjelma jadi manusia Mencari teman sehati sejiwa Untukku jadikan ratuku Sudikah terima cintaku ini Walau berbeda namun aku percaya Kita ditakdir untuk bersama Aku putera duyung menanti cintamu Akan ku bawa mu ke alam ku Aku putera duyung menunggu cintamu Hidup bersamaku di duniamu Antara w

Salam Ramadhan

Image
Ahlan wa sahlan Ramadhan Al-Mubarak, Rabu 11/8/2010 1 Ramadhan 1431. Semoga tahun ini Ramadhan terbaik buat kita semua. Lama Chome tak update blog. Apapun perancangan tahunan telah disusun sehingga Disember tahun ini. Banyak tarikh-tarikh penting perlu diingati. Semuanya meruntun komitmen. InsyaAllah.. Apapun, semoga puasa tahun ini dapat penuh lagi macam tahun lepas he he he.. Selamat menjalankan ibadah puasa dan merebut pahala di bulan barakah ini.

Tutur kata..

Chome terkesan dengan posting Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat oleh Abu Saif @ http://www.saifulislam.com/ " Bodoh! Degil! Kamu memang macam tu! " Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak. Selalu juga keterlanjuran bahasa yang dilontar kepada anak-anak, termuntah tanpa berlapik. Kekadang kewarasan akal terbatas dek oleh kemarahan yang memuncak. Mangsanya, anak-anak yang cuba memahami perasaan orang tuanya dalam terkulat-kulat. Aduh.. Chome?... Memohon semoga setiap patah perkataan yang ku katakan tidak memperkatakan yang sia-sia terhadap anak-anakku.. PERKATAAN ITU IBARAT DOA . Jika baik perkataannya, maka manafaat yang akan diterima. Semoga anak-anak jiwanya subur dengan nilai-nilai positif. Jika buruk perkataannya, padahnya terlihat pada keti

Glove baru!

Hoo yea!.. Tengahari yang jem sesangat tadi pergi ke Pertama Complex. Buat apa?.. Ni lah padahnya beli barang tak bertanya pendapat dulu.. Dungg.... Ceritanya begini, 2 hari yang lepas...... konon-kononnya nak bagi terkezut sikitlah, he he he.. kita berjaya beli glove baru gitu.. memandangkan glove yang lama pun dah sebek sangat dan atas faktor keselamatan juga. Tapi, masa pergi pilih memilih tu, almaklum tangan kecik sangat.. saiz glove sangat terhad. Maka, dengan terdesak kepada keadaan masa dan kehendak, Chome pun beli pada ciri-ciri full leather, gripping tip top, warna hitam atau putih, suit pada tangan Chome dan semestinya murah! Oiitt.. mana nak dapat ek? Alkisahnya.. Chome yang kelam-kabut nih pun beli pada ciri-ciri tersebut kecuali warna biru! Yaks!!!.. (beli lah jugak). Tup, tup keluar dari kedai M, Chome pusing ke belakang masuk kedai N. Ha ha.. Kedai N ada jual mengikut spec yang dikehendaki!!! Padan muka! Chome pun beli lah jugak!! (Hilang akal tul) Dalam perjalanan pulan

Masa itu emas..

Lama dah Chome tak update blog.. hu hu hu.. sampai background blog pun dah jadi huru-hara. Apapun, kenalah susun semula.. jenuh juga.. Searching and googling.. Taaa daa.... Beberapa hari lagi, Malaysia akan bercuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina (13-15Feb2010). 4 hari bercuti tu! Jadinya, pengisian cuti kali ini, dipenuhi dengan berKem di Laman Nur Bestari, Ulu Yam Selangor sempena Kem Kecemerlangan Diri . Apa tugasan Chome? Hee..:) Macam biasa.. tukang masak. Masak sedap-sedap yer!! 3H sudah tentu ikut. Cuma Haikal sahaja yang kena dok umah.. Maaf yer Achik, tak boleh lagi, tunggu Achik besar dan dah bersekolah seperti Along, Angah dan Alang tau. Masa tengahari begini, Chome teringat-ingat nak makan Nasi Khabsa kat Restoran Ar-Rawsha di belakang Jalan Ampang. Uit.. sedapnya! Bila nak masak ek? Nak curi masa lah, pada Selasa ini, InsyaAllah. Sebabnya, sempat juga ber google mencari resepi Nasi Khabsa ini. Sesiapa nak resepi Nasi Khabsa, sila layari CBR! Chome. Lapar!!!